Saturday, January 1, 2011

Hari ini sudah tahun 2011

Sedar tidak sedar tahun 2010 sudah pun berakhir.Waktu memang pantas berlalu,segala kenangan pahit  dan manis kita jadikan pengalaman yang mengajar kita untuk menjadi lebih matang.Banyak azam baru yang aku ingin capai pada tahun ini,dan aku mulakan dengan nama Allah s.w.t yang Maha Penyayang.Semoga tahun ini memjadi lebih bermakna kepada diri kita masing2,mari penuhi azam,laksanakan cita-cita dan tunaikan azam yang tidak dapat kita penuhi pada tahun 2010.

Aku?tidak banyak yang pencapaian aku pada tahun 2010,mungkin kerana aku masih seorang pelajar.Tetapi pencapaian terbaik adalah ketika keputusan Final aku meningkat.Alhamdulillah...
Banyak sekali pengalaman aku tahun lepas,mengenali orang yang hadir dalam perjalanan hidup aku,ada yang bermakna ada yang tidak.Senyum ketawa sedih tangis semuanya adalah pengalaman bagi aku walaupun tidak semua pengalaman aku yang menggembirakan,banyak yang menyakitkan.

Pernah dikhianati perkara paling menyakitkan,pernah disayangi adalah nikmat yang di beriNya.Semuanya ada hikmah,mesti ada sesuatu yang telah dituliskan untuk kita yang lebih baik kerana Dia lebih mengetahui.Aku maafkan semuanya dan aku juga meminta maaf.Penat memikirkan masa lalu,aku mengambil langkah baru pada tahun ini.Terlalu banyak rancangan aku tahun ini.

Azam 2011:

1.Habis belajar dengan cemerlang!

2.yes,aku nak laksanakan biznes aku dengan berjaya.Itu impian aku:)

3.Lengkapkan diri dengan ilmu agama.

4.Kumpulkan ilmu sebanyak mungkin.

5.No more LOVE!

Inilah azam aku,mungkin kelihatan sikit tetapi besar maknanya apabila dapat dicapai.Insyaallah,semoga Allah s.w.t menunaikan impian aku.Azam ini adalah persediaan aku untuk kerjaya aku pada 2012.

3 comments:

  1. its personal for me to tell but what i can say is i just want focus in future first,doakan saya:)

    ReplyDelete
  2. ya awk..i always pray for u..saje2 je asking about that..jgn isau k..why i contact u...u tak bls2 ya...takpela..i think u busy

    ReplyDelete