Thursday, December 23, 2010

Sentiasa di hatiku.

Natasha bt Razib,dia ini kawan paling aku rapat.Suka duka aku dikongsi bersama,tidak pernah jemu memberi kata-kata semangat dan mendengar rintihan mahupun kegembiraan aku.Perkenalan bermula dia awal tahun aku dan dia belajar,tidak sangka akan menjadi kawan baik aku.Kami pernah bersuka ria bersama,jatuh bersama dan bangun kembali juga bersama.Dialah kakak aku dan teman rapatku.Sayangnya aku pada dia hanya Dia yang tahu.Terlalu banyak perkara kami lalui bersama dan pelbagai cabaran dalam pelajaran kami tepis juga bersama,pernah jatuh dalam pelajaran kerana terlalu lalai namun aku dan dia bertekad untuk bangun dari kelalaian itu dan sehingga kini Alhamdulillah keputusan 'Final' aku dan dia boleh dikatakan kepututsan yang boleh dibanggakan.

Tengku Nur Hasya,si cantik manis yang sangatlah degil dan selalu menguji kesabaran aku!tetapi dia adalah antara sahabat baik aku.Seorang yang manis dan suka sangat karaoke lagu yang tak sesuai dengan suara sendiri,mempunyai bakat raja lawak yang terpendam sebenarnya.Dia juga adalah sahabat yang sentiasa memeluk aku ketika aku memerlukan.Persahabatan kami pernah disulami dengan pergaduhan,rasa tidak puasa hati dan putus asa namun kami cuba membetulkan apa yang silap,kami bersahabat kembali.Itu lah dinamakan sahabat sejati.


Mohd Haikal,sudah lama persahabatan aku dan dia,persahabatan yang disulami rasa sayang dan ambil berat antara satu sama lain.Dia mengenali aku sebagai Farah insan biasa yang sentiasa melakukan kesilapan,dia sentiasa melayan kerenah aku yang kadang-kadang aku tahu melukakan hati dia,aku kagum dengan sifat sabarnya.Sehingga kini kami masih berkawan dan dia sangat mengambil berat tentang aku.Aku sayang dia sejak dari kali pertama aku mengenali dia.Walaupun,kami tidak pernah pun mengambil kata putus.Dia seorang lelaki yang sangat cerah masa depannya dan Haikal!!'I akan sentiasa doakan you ok'.Agak-agaknya kalau you baca ni i dapat makan free tak?


Ini Faizal Hashim aka Zeebo.Dia ialah orang yang paling aku percaya sekali sebenarnya.Mula kenal satu sama lain ketika di Tioman,pemberi semangat ketika aku jatuh dan hilang semangat di awal semester satu aku.Sehingga kini,dialah orang yang paling aku percaya untuk meminta pendapat.Setiap kata-kata dan pendapatnya pasti bernas:)

Natasha lagi?ini Natasha Ahmad,sahabat comel aku.Berkawan sejak dibangku sekolah lagi,dia antara mereka yang aku sayang.Dia kenal luar dan dalamku termasuk dia juga kenal baik dengan keluarga aku.Pernah menghabiskan masa cuti semester bersama,saat termanis kami.Mak dia masak nasi lemak paling sedap pernah aku rasa.Aku sayang kamu Natasha Acha.

Nadia aka Dya,kakak aku ni,orang dia garang tetapi pemaaf.Antara click aku di kolej.Merupakan pendorong aku ketika aku susah dan senang.Tidak pernah lekang dengan kata-kata nasihat dari mulutnya,itu lah dia.Walaupun kami sudah jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk belajar namun ikatan persahabatan yang kuat itu lah yang sentiasa mengikat kami untuk terus menghubungi satu sama lain.


Dalam gambar ini ada Fatin si cantik dan lemah lembut dan Zaza Watuna si cantik dan kelam kabut.Antara kawan baik aku dan click aku di kolej juga.Love them so much.Kepada Vee!!!'gambar you takde time ni,sorry tapi u sentiasa termasuk dalam label mereka yang berharga padaku.'



Ini Afiq Iskandar Razizad,aku nak klasifikasi dia ni sebagai apa ya?hurm,sahabat!Kenapa ya tiba-tiba aku masih menaip tentang dia?Tiada jawapan untuk soalan ini.Dia soft spoken dan baik.Satu-satunya manusia yang berani menguji kesabaran aku.,tetapi aku tetap bersyukur kerana pernah kenal dengan Mr beauty brain ni sebab sekarang aku sedikit demi sedikit dah pandai bersabar dengan masalah yang datang.Aku mengenali dia tidak lah lama juga tetapi banyak perkara juga kami kongsi( apa yang kami kongsi itu,rahsia hanya aku yang tahu ye).Walau apa yang berlaku,tidak sedikit pun hati aku terdetik untuk membenci dia sebab aku tahu itu takdir yang dah tertulis bahawa dia adalah orang yang akan hadir dalam perjalanan hidup aku.Aku doakan dia bahagia dan berjaya selalu.Satu rahsia aku nak bgtahu,sejak aku mengenali dialah keputusan 'final' aku meningkat mendadak sehingga boleh dikatakan bagus,sebab dia pandai,aku takkan kalah dengan dia:p..thanks a lot my friend Afiq Iskandar Razizad.

Tuesday, December 21, 2010

ini cerita tentang saya:)

1. Saya suka bercakap,dan corporate communication memang bidang saya.

2.Cantik?definisi yang susah aku nak ungkapkan,sebab definisi cantik,cute,anggun dan lawa bagi aku memang melampau,mahu aku puji cantik?'kau harus baik hati dan mempunyai personaliti menarik baru kau cantik".

3.Saya aktif dan bukan perempuan yang lemah lembut tetapi hatiku sensitif,mudah pecah bila dihancurkan dan mudah memaafkan bila dilayan dengan sewajarnya.

4.Aku bersyukur pada usia muda aku telah terbuka hati untuk memakai tudung,ini lah HidayahNya.Ibuku adalah inspirasi aku.

5.Aku adalah orang yang 'deep thinker' .Tetapi kalau orang lihat dari luaran aku pasti mereka kata aku ni kelakar.

6.Aku sarcastic pada orang yang menjengkelkan aku tetapi itu tidak bermakna aku membenci mereka.

7.Aku serius dalam bercinta tetapi aku serik untuk bercinta,aku nak fokus pada pelajaran aku dulu dan kerjaya masa depan aku.

8.Aku ramai kawan tetapi tidak mudah bagi aku untuk rapat dengan seseorang itu.

9.Aku suka melayari website iluvislam.com sebab artikel dia menarik.

10.Aku tidak suka belajar di depan khalayak ramai,dan study group sgt tidak berkesan pada aku.Belajar sendiri adalah pilihan aku.

11.Aku suka pada perempuan yang bersih dan menjaga penampilan.

12.Aku ialah last minute person,tetapi aku pasti akan siapkan apa yang aku mulakan.

13.Aku memilih dan cerewet tetapi itu hanyalah untuk menjadi dan mendapat yang terbaik.

14.Aku sayang pada kucing sebab comel!!!

15.Aku sangat menjaga penampilan aku sebab pandangan pertama itu penting!

me is Nurfarahain

Assalamualaikum,ini adalah post pertama aku.Blog ini aku buat untuk menyimpan seribu satu tulisan hatiku.Mungkin cara aku tulis agak skema tetapi itu lah aku walaupun aku di luar merupakan remaja yang memang tidak skema langsung.

Nama aku Nur Farah Ain bt Razali,tetapi Al-Idyrus ini merupakan nama keluarga ibuku tercinta iaitu Sharifah Zahinar Al-Idyrus bt Syed Ahmad Al-Idyrus.Nama panggilanku ialah Farah.Berumur 19 tahun pada tahun 2010 ini.Aku baru belajar untuk buat blog ni,mula-mula buka sepatah apa pun tak faham tapi aku cuba jugak,tak pe Farah...belajar la lama-lama pandai la kau!itu lah kata-kata yang selalu aku ingat bila aku tak berapa faham tentang sesuatu.

Apa lagi ye aku nak tulis tentang diri aku?hurm,cukuplah setakat ini dulu,mungkin esok aku akan update kalau ada masa.

with love:)