Monday, April 11, 2011

Fitnah dan Zalim menguasai dunia

Selepas membaca artikel  yang menarik perhatian saya iaitu fitnah merupakan senjata tertua dunia yang mampu membunuh seluruh manusia di dunia secara halus.Kita sendiri pasti sudah lali apabila berbicara tentang fitnah dimana ia sudah pun menjadi adat orang melayu sendiri saling menfitnah antara satu sama lain demi kepentingan diri.

Ambil saja  apa yang sedang berlaku di arena politik negara.Malaysia sendiri tidak lari dari fitnah seperti yang kita ketahui video lucah Dato'Anwar Ibrahim.Saya bukanlah pakar dalam bidang politik untuk mengulas dengan sempurna tentang kesahihan berita ini tetapi cukup kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang mampu berfikir secara logik menggunakan akal untuk berfikir dan mata hati untuk menilai.

Cukup seringkas itu saya ringkaskan contoh fitnah yang berlaku sendiri di negara kita,mari kita ambil contoh yang tertulis di dalam Al-Quran iaitu pembunuhan pertama di muka bumi ini yang berlaku antara   Qabil dan Habil yang bersengketa disebabkan api fitnah demi merebut seorang perempuan sehingga sanggup membunuh.

Sesungguhnya fitnah itu senjata tertajam sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 27:…fitnah itu adalah sesuatu yang sangat besar dosa dan akibatnya dari membunuh dan senantiasalah mereka memerangi kamu sehingga mereka boleh memalingkan kamu dari agama kamu jika sekiranya mereka mampu melakukannya.

Mari kita lihat contoh yang lebih jelas iaitu pada ketika Nabi Yusuf as difitnah bermukah dengan Zulaikha .Fitnah ini dirancang dengan sempurna oleh orang istana yang bermula dengan api fitnah Zulaikha yang akhirnya Yusuf as diheret ke penjara.Namun Yusuf lebih memilih ke penjara demi maruah dan kesucian dirinya.

Firman Allah swt dalam surah Yusuf as ayat 21-36,:...Tuhanku,penjara lebih aku suka berbanding apa yang mereka suruh aku lakukanya.

Kembali pada zaman moden ini dapat disaksikan bagaimana manusia menggunakan senjata moden,jet pejuang,nuklear,peluru berpandu mahupun 1001 senjata moden namun fitnah memainkan peranan penting dalam menyerang negara musuh ataupun manusia secara halus melalui propaganda -propaganda yang menyebabkan hura-hara rakyat serta untuk menjatuh musuh mereka dari segi politik dan persaingan ekonomi serta agama.

Kuasa besar seperti Amerika walaupun lengkap dengan alatan peperangan namun masih menggunakan fitnah sebagai propaganda dengan menunjukkan bahawa merekalah hero yang kononya sebagai penyelamat dan pendamai demi kepentingan mereka sendiri.

Mari kita renungkan kembali apa yang terjadi di Iraq serta Afghanistan yang sehingga kini tidak pasti arah tuju pemerintahan negara mereka.Peperangan yang bermula dari api fitnah barat terhadap negara Islam yang sehingga kini telah mengorbankan berjuta-juta jiwa yang tidak bersalah sehingga kini masih tidak aman.Dimana nuklear yang dikata terdapat di Iraq seperti yang didakwa Barat?sehingga kini tidak dapat dicari jawapannya sedangkan nyawa manusia sudahpun terkorban.

Tidak cukup Iraq dan Afghanistan,kini dunia digegarkan kembali dengan sengketa yang sedang bergolak di negara timur tengah iaitu negara-negara islam yang kaya dengan hasil minyak.Tutup tentang fitnah,saya membuka satu lagi lembaran cerita dengan penentangan terhadap kuasa autokratik yang zalim.Pemimpin diktaktor  memerintah,menguasai negara secara zalim dimana mengumpul kekayaan namun masih ramai rakyat yang miskin kelaparan.Kekayaan yang dikurniakan tidak diagihkan secara adil.Memerintah selama berdekad-dekad tanpa megenal erti mengalah.Tamak menguasai diri walaupun mereka adalah antara khalifah yang dipilih Allah untuk memimpin umat islam.

Kerajaan Tunisia di bawah Ben Ali,Mesir dibawah Hosni Mubarak sudahpun jatuh.Manakala yang masih menanti hari iaitu Libya,Bahrain,Arab Saudi,Yemen,Jordan,dan Djibouti dalam fasa penentangan rakyat yang berterusan sehingga kini.

Rakyat bangun menentang pemimpin mereka kerana mereka inginkan perubahan setelah sekian lama hidup di bawah kepompong pemerintah yang sama,autokratik,zalim serta tidak adil dimana hanya segelintir  daripada rakyat negara mereka sahaja yang mampu hidup kaya raya sedangkan masih ramai di antara mereka yang hidup miskin serta kelaparan.Jika dikaji serta di lihat dari mata kasar ekonomi negara -negara Arab yang kaya dengan minyak mampu memberi kesenangan kepada seluruh rakyat mereka.Pemimpin kaya raya mengumpul harta yang tidak mungkin dibawa mati.

Setelah berdekad lamanya kini rakyat bangun menetang,mengadakan demostrasi sana sini ,menggulingkan pemerintah mereka dengan kejam,mereka hidup dibawah pemerintah diktaktor yang kejam,menggulingkan pemerintah diktaktor itu juga dengan kejam tetapi adakah dengan menggulingkan pemerintah zalim ini akan berakhirnya kezaliman di dunia ini mahupun negara mereka walaupun sudah banyak nyawa-nyawa tidak bersalah terkorban?tinggal tanda tanya di situ,tiada jawapan yang jelas dimana kezaliman itu sentiasa wujud walaupun di penhujung dunia.

Tidak sedarkah mereka-mereka yang menggulingkan pemerintah mereka dengan kejam itu telah menzalimi diri mereka sendiri?anak-anak terkorban,kehilangan keluarga,kerosakan bangunan-bangunan penting serta kehancuran bandar-bandar tempat mencari rezeki yang mungkin telah dimajukan oleh pemerintah zalim mereka itu?

Untuk memulihkan semua kemudahan itu mungkin memakan masa yang sangat lama .Keadaan ini mungkin akan menjatuhkan kegiatana ekonomi mereka bertahun lamanya.Usah dicakap tentang nyawa yang terkorban,tidak mungkin dapat dikembalikan.Wahai manusia,tidak sedar kau bahawa kau sedang menzalimi diri kau sendiri.

Kadang-kadang kita hanya melihat tentang kezaliman manusia lain tetapi kita terkabur oleh kezaliman diri sendiri.Renung-renungkanlah...

Semoga dunia kembali aman,atau ini mungkin petanda usia bumi sudah terlalu tua dan akhirat menanti untuk datang..Ya Allah ampunkan dosa seluruh umatMu.

Monday, March 21, 2011

Ya Allah bantulah mereka yang tidak berdosa

Ya Allah apa sudah jadi dengan dunia sekarang.Libya antara negara yang dilanda masalah,sepertimana yang kita ketahui Amerika,Britain dan Perancis baru sahaja melancarkan serangan ke atas Libya.Alasannya?untuk melindungi rakyat Libya.

Melindungi atau membunuh hanya demi Minyak yang ada di Libya?

Rasanya bukan hanya Libya yang dilanda masalah tentang Presiden mereka tetapi masih ada beberapa negara lain yang dilanda masalah yang sama,tetapi kenapa Libya yang diserang?
Amerika,Britain dan Perancis:alasannya untuk melindungi dan menghentikan kekacauan.

Sedih dan menangis melihat anak-anak kecil yang tidak bersalah,kematian meningkat dan kecederaan yang banyak yang ditanggung masyarakat awam yang tidak bersalah.Kita di Malaysia harus berasa bersyukur kerana sentiasa tenang dan aman.

Apa yang mampu kita buat sebagai saudara sesama Islam adalah berdoa..hanya kepada Allah tempat kita mengadu,mungkin ini balasan  kepada kesilapan kita sebagai umat islam yang kadang-kandang kita tidak sedar.Amin.


ya Allah lindungilah mereka

Saturday, February 12, 2011

entry yang akan sentiasa bersambung...wait!

Assalamualaikum sebagai pembuka kata,diiringi doa sebagai senjata kehidupan....

Tiba-tiba datang ilham untuk menulis tentang diri setelah sekian lama berdiam diri bukan bermakna melarikan diri dari masalah tetapi cuba menenangkan keadaan daripada lebih bermasalah.Tiada apa yang menarik untuk aku tuliskan tentang diri aku cuma sedikit luahan tentang pengalaman hidup.

Manusia berubah dari masa ke semasa,mana mungkin ada manusia yang masih hidup di takuk yang lama kalau wujud sekalipun manusia seperti itu mungkin dia lupa tentang masa depan yang penuh dengan kejutan,mungkin kerana itu dia tidak pernah berubah.

Kehidupan aku jalani seperti biasa,seorang pelajar yang masih menuntut dan insyaallah tahun 2011 adalah tahun terakhir pengajian aku dalam Diploma Komunikasi Korporat.Masa depan masih terlalu panjang untuk dilihat hanya yang kita mampu lakukan adalah merancang agar hidup terus teratur dan tidak tunggang langgang.Pahit manis menjadi pelajar merupakan satu kenangan yang paling manis dalam kehidupan seseorang kerana ketika ini kita mula merasakan kebebasan hidup daripada keluarga walaupun tidak bebas sepenuhnya namun mungkin sesetengah keputusan kita mampu lakukan sendiri.Mungkin ada yang tidak setuju bila aku katakan tentang kebebasan hidup sebagai pelajar namun inilah kehidupan yang aku lalui.

Dibesarkan dari kalangan bilangan keluarga yang tidaklah sebesar mana,di mana aku hanya mempunyai tiga orang adik-beradik terdiri daripada dua orang kakak dan terakhir diri aku serta diberi kebebasan dalam membuat keputusan sendiri banyak memberi aku pengalaman hidup.Ibu dan bapa aku bukanlah orang yang mengongkong malah hampir semua keputusan kami adik beradik pasti mendapat sokongan ibu dan bapa kami.Ini adalah perkara yang aku rasakan sebagai satu hadiah dari langit dimana kami  sentiasa mendapat sokongan keluarga.

Namun,tidak semua keputusan yang dilakukan itu betul dan tepat.Sebagai manusia,membuat kesilapan adalah satu lumrah hidup,hanya para nabi sahaja yang bersifat maksum.Kita sebagai manusia biasa ini sentiasa melakukan kesilapan,kadang-kadang kita tidak nampak apa yang sebenarnya baik untuk kita sebab kita selalu menuding jari pada orang lain tanpa kita sedari diri kita mentertawakan kita dan kita sebagai manusia memerlukan cermin untuk merefleksikan diri.

Hari demi hari kita semakin matang,begitu juga diri aku.Apa yang berlaku mengajar aku untuk lebih berhati-hati dan berwaspada.Tidak semua yang kita lihat indah itu baik namun tidak juga yang buruk itu tidak baik.

Aku seorang yang sangat mudah gemuruh dalam melakukan sesuatu perkara,tidak dapat aku nafikan aku merupakan orang yang takut pada kegagalan,kadang-kadang aku takut orang disekeliling aku mentertawakan aku,tetapi sampai bila?

Aku berusia 20 tahun,merupakan angka yang boleh dikatakan muda untuk seseorang mengatakan tentang susahnya menjadi diri aku sebenarnya,hidup senang penuh dengan kegembiraan,jatuhnya keluarga aku susahnya keluarga aku suatu ketika dulu semuanya sudah aku rasai,pahitnya apabila hidup dengan sekelip mata berubah.Semua itu sudah pernah aku rasai.

Senyum tangis,gagal dalam peperiksaan dan bangkit kembali demi mencapai kecemerlangan dalam pelajaran semua aku rasai,sakitnya tidak siapa yang tahu kecuali siapa yang pernah berada di tempat ini.Ahhh!!!!ini dikatakan dugaan,kalau tiada dugaan pasti aku tidak jadi siapa diri aku hari ni malah mungkin lebih baik dari hari ini suatu hari nanti.

 Tahun ini,aku ada suatu azam baru iaitu mencuba pelbagai perkara baru.Ini adalah sebagai satu persediaan bagi masa depan untuk membuang perasaan takut dan gemuruh aku.Apa yang penting kesungguhan dan keazaman untuk berjaya.

amin...

Thursday, January 20, 2011

TIPS BERKOMUNIKASI YANG BAIK

Bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik?,mungkin kita adalah pelajar komunikasi tetapi belum tentu kita dapat menguasai komunikasi dengan baik,dengan komunikasi kita boleh dapatkan pekerjaan dan melalui komunikasi juga kita boleh mempengaruhi sesuatu keadaan dan orang lain.Ini tips yang saya dapat selepas 'google'tentang komunikasi...check it out jom!

1. Tekanan Dan Ekspresi. Modal berkomunikasi adalah suara. Dengan suara yang berintonasi baik, jelas, dinamis, bertempo yang tepat dan dijeda dengan baik. Anda dapat mengutarakan maksud atau ide dengan efektif. Selain itu, latihlan ekspresi untuk menunjang komunikasi verbal.
2. Kekuatan Kata-kata. Akan lebih baik kalau Anda sendiri merasa nyaman dengan kata-kata yang diucapkan. Rasa percaya yang Anda ungkapkan lewat kata-kata yang maknanya kuat bagi diri sendiri, akan mudah ditangkap oleh lawan bicara Anda.
3. Percakapan. Keahlian berkomunikas dapat ditunjukan dengan menggunakan kata-kata yang mudah dipahami oleh lawan bicara. Konsep-konsep yang penting dan berbobot dapat diungkapkan dengan kata-kata yang sederhana. Di sinilah, keindahan dari kesederhanaan dapat dipancarkan.
4. Pendengar Yang Aktif. Dengarkan apa yang diungkapkan lawan bicara dengan baik dan tampilkan bahwa Anda benar-benar tertarik. Anda juga harus mengetahui, kapan waktunya harus bicara, kapan mesti diam dan kapan waktunya Anda harus menyela percakapan. Semuanya ini dapat diraih bila Anda memberikan perhatian yang cukup, bersikap sensitif dan menunjukan rasa simpati.

Adakah kita semua memiliki daya komunikasi yang baik ini?

Tuesday, January 11, 2011

to be cont...entry ini akan bersambung dan terus bersambung....




waktu menunjukkan jam 6 am,aku masih tidak dapat tidur..aku terpandang wajah sahabat sejati aku Natasha Razib.Orangnya manja,sangat kelakar dan bijak serta memahami diri aku.Aku terfikir untuk menulis tentangnya di dalam entry supaya aku tidak lupa dan sentiasa tersimpan kenangan kami berdua sebagai sahabat ketika di kolej.

aku masih ingat kata-kata seorang 'senior' aku di kolej,katanya 'Fara jangan tidak suka dengan kehidupan kolej kerana one day you will love it when ada sahabat sejati dengan u Fara'.....Hari ini aku sedar dan berkata 'yes,its true my friend'.Natasha sahabat yang mulanya hanya aku kenali sebagai coursemate aku sahaja,dia cantik orangnya dan famous juga dikolej,a'ahhhh!tidak mungkin la aku dapat kawan dengannya.

Pada mulanya,kami hanya berkawan biasa,tiada perkara menarik untuk dikongsi..namun lama-kelamaan kami semakin serasi,banyak perkara dikongsi,kisah suka duka,jatuh bangun dalam pelajaran,minat dan juga hobi juga sama.Luar dalam diri masing-masing memang sangat kami kenali.Dia sangat memahami diri aku dan aku sangat sayang pada dia.Hari-hari kami akan berborak tentang cita-cita,fesyen dan sesuatu yang kami suka dan minat.Ke kelas juga sekali,mandi,makan dan belajar serta bersolat, hampir semua perkara kami lakukan bersama.....

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

ini aku updatekan sedikit tentang ciri-ciri sahabat yang baik,check this out samada sahabat2 kita adalah sahabat yang baik atau tidak kerana alhamdulillah Natasha ada semua ini,dia bersama aku dari aku yang dulu sehingga sekarang,namun tidak semuannya sempurna jika ada yang tidak baik,lebih elok jika kita saling menasihati dan itu lah rahsia aku dengan Natasha yang mebuatkan kami kekal bersahabat sehingga kini.
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

 entry ini akan terus bersambung........

rezky dari langit kurniaan Allah s.w.t yang indah

       Tahun ini keluarga aku diberi rezeki dari Allah s.w.t yang tidak ternilai,mendapat anak saudara yang comel dan juga saudara lelaki sangatlah mengembirakan seluruh keluargaku.

23.12.2010
  
  Adriel iskandar telah dilahirkan,sayu aku melihat wajah si kecil yang sangat comel,aku memanjatkan seluruh kesyukuran padaNya kerana kakak aku dan bayi ini selamat dalam proses kelahirannya.Sungguh bertuah siapa yang menjadi ibu,rahmat yang datang tidak terkira rasanya.Saat kelahiran dosa dihapuskan seperti kain putih.Aku gembira mendapat anak saudara,aku memang suka pada budak kecil jadi selepas ini aku tidak perlu lagi main dengan anak orang sebab aku pun sudah menjadi mak cik atau maksu.Nama Adriel Iskandar?hurm,memang Iskandar itu aku yang pilih kerana seseorang,Adriel pula pilihan kakak aku.Hanya satu doaku agar bayi ini menjadi anak yang soleh,bijak dan anak yang membalas jasa ibu bapa.


11.1.2011

Hari ini aku diberi lagi berita gembira apabila ibu aku memberitahu aku mengatakan makcik aku baru sahaja melahir bayi lelaki.Wah lelaki lagi?hatiku berdetik,hurm....mungkin ini rezekikan.Doaku masih juga sama iaitu mendoakan agar bayi ini menjadi anak yang soleh,baik dan membalas jasa ibu bapanya.Tidak banyak yang ingin aku tulis kerana semuanya termasuk dalam doaku.

Aku kena belajar cara-cara menjaga bayi,aku sendiri akan jaga Adriel Iskandar,membantu kakak aku.I love him so much.Aku sudah ada dua bayi lelaki bila lagi aku nak dapat anak sauadara perempuan ni?

gambar lama ni,but i love her,she's lovely..bila lagi aku nk dapat anak saudara perempuan mcm ni pula?

Monday, January 10, 2011

love and my wish:)

1.Aku masih cinta dia,aku mahukan dia,aku rindukan dia dan hanya dia yang aku cinta.Bukan orang dirimu.sorry..


2.Aku sayang sahabat-sahabat aku yang sentiasa menyokong aku dari belakang dan berada dengan aku dimana-mana dan tidak pernah jemu mendengar bebelan aku yang tidak pernah berakhir.

3.Semangat berkobar-kobar nak balas jasa ibu bapa,hari-hari aku sentiasa ingatkan dalam hati 'farah!mama dan bapa'.



4.Aku dan bizness patner aku Fatin ada buat azam nak simpan duit beli handbag LV.Alamak student pakai LV??Aku tetap nak beli juga one nice sweet day:)

5.Aduh,bulan ini memang banyak duit habis sebab shopping:(

6.ok,aku sudah boleh countdown untuk final dah sebab hari semakin hampir,jeng2...

7.Aku ada pasang satu impian ini,tetapi aku tak boleh bagitahu sesiapa pun lagi sampai aku tunaikan.

8.Aku nak tunaikan semua plan2 aku yang tergendala tahun lepas tahun ini.

9.OK,dah boleh habiskan assignment la kan Farah!

10.Serik nak percaya kawan 100 percent kalau aku tidak rapat sebab aku baru dapat pengalaman kawan makan kawan.Aku doakan orang yang aku maksudkan ini berubah menjadi lebih baik.

11.Nak gemukkan badan!