Saturday, February 12, 2011

entry yang akan sentiasa bersambung...wait!

Assalamualaikum sebagai pembuka kata,diiringi doa sebagai senjata kehidupan....

Tiba-tiba datang ilham untuk menulis tentang diri setelah sekian lama berdiam diri bukan bermakna melarikan diri dari masalah tetapi cuba menenangkan keadaan daripada lebih bermasalah.Tiada apa yang menarik untuk aku tuliskan tentang diri aku cuma sedikit luahan tentang pengalaman hidup.

Manusia berubah dari masa ke semasa,mana mungkin ada manusia yang masih hidup di takuk yang lama kalau wujud sekalipun manusia seperti itu mungkin dia lupa tentang masa depan yang penuh dengan kejutan,mungkin kerana itu dia tidak pernah berubah.

Kehidupan aku jalani seperti biasa,seorang pelajar yang masih menuntut dan insyaallah tahun 2011 adalah tahun terakhir pengajian aku dalam Diploma Komunikasi Korporat.Masa depan masih terlalu panjang untuk dilihat hanya yang kita mampu lakukan adalah merancang agar hidup terus teratur dan tidak tunggang langgang.Pahit manis menjadi pelajar merupakan satu kenangan yang paling manis dalam kehidupan seseorang kerana ketika ini kita mula merasakan kebebasan hidup daripada keluarga walaupun tidak bebas sepenuhnya namun mungkin sesetengah keputusan kita mampu lakukan sendiri.Mungkin ada yang tidak setuju bila aku katakan tentang kebebasan hidup sebagai pelajar namun inilah kehidupan yang aku lalui.

Dibesarkan dari kalangan bilangan keluarga yang tidaklah sebesar mana,di mana aku hanya mempunyai tiga orang adik-beradik terdiri daripada dua orang kakak dan terakhir diri aku serta diberi kebebasan dalam membuat keputusan sendiri banyak memberi aku pengalaman hidup.Ibu dan bapa aku bukanlah orang yang mengongkong malah hampir semua keputusan kami adik beradik pasti mendapat sokongan ibu dan bapa kami.Ini adalah perkara yang aku rasakan sebagai satu hadiah dari langit dimana kami  sentiasa mendapat sokongan keluarga.

Namun,tidak semua keputusan yang dilakukan itu betul dan tepat.Sebagai manusia,membuat kesilapan adalah satu lumrah hidup,hanya para nabi sahaja yang bersifat maksum.Kita sebagai manusia biasa ini sentiasa melakukan kesilapan,kadang-kadang kita tidak nampak apa yang sebenarnya baik untuk kita sebab kita selalu menuding jari pada orang lain tanpa kita sedari diri kita mentertawakan kita dan kita sebagai manusia memerlukan cermin untuk merefleksikan diri.

Hari demi hari kita semakin matang,begitu juga diri aku.Apa yang berlaku mengajar aku untuk lebih berhati-hati dan berwaspada.Tidak semua yang kita lihat indah itu baik namun tidak juga yang buruk itu tidak baik.

Aku seorang yang sangat mudah gemuruh dalam melakukan sesuatu perkara,tidak dapat aku nafikan aku merupakan orang yang takut pada kegagalan,kadang-kadang aku takut orang disekeliling aku mentertawakan aku,tetapi sampai bila?

Aku berusia 20 tahun,merupakan angka yang boleh dikatakan muda untuk seseorang mengatakan tentang susahnya menjadi diri aku sebenarnya,hidup senang penuh dengan kegembiraan,jatuhnya keluarga aku susahnya keluarga aku suatu ketika dulu semuanya sudah aku rasai,pahitnya apabila hidup dengan sekelip mata berubah.Semua itu sudah pernah aku rasai.

Senyum tangis,gagal dalam peperiksaan dan bangkit kembali demi mencapai kecemerlangan dalam pelajaran semua aku rasai,sakitnya tidak siapa yang tahu kecuali siapa yang pernah berada di tempat ini.Ahhh!!!!ini dikatakan dugaan,kalau tiada dugaan pasti aku tidak jadi siapa diri aku hari ni malah mungkin lebih baik dari hari ini suatu hari nanti.

 Tahun ini,aku ada suatu azam baru iaitu mencuba pelbagai perkara baru.Ini adalah sebagai satu persediaan bagi masa depan untuk membuang perasaan takut dan gemuruh aku.Apa yang penting kesungguhan dan keazaman untuk berjaya.

amin...

3 comments:

  1. hehe...kau mmg da berubah la farah..
    aku tabik kau..
    punya lama kita tak jumpa kan..
    rindu kat kau..
    nanti ada masa kita kuar sama2,bertukar pandangan n pendapat..
    hehe...
    kau lebih cantik bertudung...
    :)

    ReplyDelete
  2. gud luck girl!
    u have a great spirit~
    first time visiting ur site.
    n im glad to know u..
    :)

    ReplyDelete